Monday, April 12, 2010

Cerita Asmaradana - Samarinda TV3


gambar kredit to : torrent.jiwang.cc

Ada sape2 tgk cite Asmaradana di Samarinda Tv3??

heheh aku suka benar cite nih..
slot samarinda ni ditayangkan setiap hari Selasa hingga Khamis ini, 10.30 malam di TV3.

cite ni cenggini...

Seorang ibu bernama Rafeah (lakonan wan maimunah) tak suka dengan pilihan perempuan Tengku Farouk (Mustapha Kamal) iaitu Narimah (lakonan Memey..ni time Narimah muda). alkisahnya, Narimah ni seorang perempuan kelab dan juga tidak setaraf dgn mereka yg mempunyai darah keturunan kerabat la kekdahnya..

Then tup tup tup Narimah berkahwin dengan Tengku Saiful (nama sapa ntah pelakon ni..hehehe) iaitu adik kepada Tengku Farouk..Apabila diketahui oleh si Ibu iaitu Rafeah..maka terjadi lah adengan si ibu menghalau si Tengku Saiful dan menantu yang dibencinya iaitu Narimah.

Walau bagaimanapun Tengku Saiful meninggal dunia jadi tinggallah Narimah (lakonan Rozita Che Wan..ni watak bila dh tua) dan anaknya iaitu Azizah (Tiz Zaqyah).

kemudian, si Narimah ni bw Azizah a.k.a anaknya kpd Tengku Farouk utk memberi amanat supaya Tengku Farouk dapat menjaga Azizah apabila ketiadaannya nanti, krn Narimah tidak dapat hidup lama sebab sakit kronik.

jeng jeng jeng ..bermula lah kisah si Azizah (Tiz Zaqyah) hidup didlm rumah Tengku Farouk bersama neneknya Rafeah yang kejam itu..Mampukah Azizah mengharungi hidupnya yang penuh liku itu??? cewah ayat mcm sinopsis dlm surat khabar lak..hehehe


Barisan Pelakon2 yang lain, antaranya Iqram Dinzly, Norish Karman, Shaheizy Sam, Puteri Sarah Liyana dan Natasha Hudson.

Siapa yang tak penah tgk n dah terlepas byk episod ni tgk je kat laman web tv3.. skrg dah 15 episod ditayangkan....heheh aku pun byk terlepas so skrg khatam cite tu kt web tv3 jhahhh

Selamat Menonton...

2 comments:

M4M4 MY4 on April 12, 2010 at 4:20 AM said...

salam..

tq singgah blog saya

lum sempat nak nonton citer nie hihihi.. mcm menarik jek :)

watie
http://quefamili.com

Hot Mama on April 12, 2010 at 5:37 AM said...

tq juga kt Mama Mya.. :)

 

Friends